Thursday, 28 July 2011
Nikmati Kemudahan Dari Maxis di Ramadhan Ini
Berita baik kepada semua pengguna Maxis, bersempena bulan Ramadhan nanti, rangkaian telekomunikasi ini mengumumkan bahawa pengguna perkhimatan ini tidak kira pascabayar atau prabayar, anda akan menikmati kemudahan membuat bayaran Zakat Fitrah di hujung jari anda.
Untuk menikmati perkhidmatan mZakat Maxis baru ini, perkara yang anda perlu lakukan adalah menaip "FITRAH (nama Negeri)" dan hantar ke 22032. Apabila menghantar, anda akan diminta untuk memberikan butiran anda seperti nama, nombor kad pengenalan dan beberapa nama yang anda bayarkan Zakat Fitrah. SMS akan dihantar mengenai jumlah bayaran yang perlu disahkan bagi pihak anda sebelum mengenakan bayaran. Boleh dilakukan ke atas bil pasca bayar anda atau memotong daripada kad prabayar anda. Sila ambil perhatian bahawa SMS yang dihantar dan diterima oleh pelanggan Maxis mengenai perkhidmatan mZakat adalah percuma; pihak telekomunikasi bahkan menyediakan percetakan resit dalam talian yang akan didapati daripada mudah alih Maxis.
Wednesday, 27 July 2011
SOKONG SKUAD KEBANGSAAN!!!
Ayuh mengaum Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil
MASIH ada 90 minit lagi baki perlawanan yang harus ditempuh oleh pasukan bola sepak negara kita sebelum melangkah ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Halangan utama kini datangnya daripada pasukan Singapura yang telah menewaskan kita 5-3 Sabtu lepas.
Ketinggalan dua gol, persoalan yang bermain dalam fikiran pemain dan peminat bola sepak tanah air kini adalah mampukah Harimau Malaya menewaskan Singapura? Paling tidak 4-0 atau 3-0? Maka jika menang, impian untuk ke final Piala Dunia boleh menjadi satu realiti.
Jika gagal, kita akan terpaksa menunggu lapan tahun lagi. Manakala barisan pemain yang ada sekarang, adalah barisan yang paling sempurna dari semua sudut. Mereka mampu menewaskan mana-mana pasukan jika betul caranya.
Justeru, saya berharap Harimau Malaya bermain dengan cara yang betul pada pertemuan 28 Julai nanti. Sama ada dari segi taktikal, teknikal, tenaga dalaman yang tinggi dan sebagainya mampu meranapkan keangkuhan Singapura.
Ingat, 90 minit jika digunakan dengan bijak, mantap, cekap dan tajam mampu merubah keputusan. Saya doakan Harimau Malaya menang 3-0. Insya Allah.
(Di petik dari Utusan Online)
Tuesday, 26 July 2011
Denda RM3,000 ponteng puasa
![]() |
Sikap segelintir umat Islam enggan berpuasa pada bulan Ramadan boleh dituduh hina Islam. - Gambar hiasan. |
KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat. Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.
Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam. Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Monday, 4 July 2011
iPhone 4, Now Even More Affordable
Mahukan iPhone 4 tetapi mendapati ia terlalu mahal? Terima kasih kepada DiGi yang baru sahaja melancarkan pelan baru iPhone 4, kini anda boleh mendapatkan iPhone 4 pada harga yang lebih murah, baik, RM5 lebih rendah sebulan.
Boleh didapati awal bulan ini, Pelan Pascabayar iDiGi akan lebih murah sebanyak RM5 dan jika anda memilih bil automatik, ia boleh pergi ke serendah RM53/month selama 24 bulan. Check out DiGi untuk maklumat lanjut.
Boleh didapati awal bulan ini, Pelan Pascabayar iDiGi akan lebih murah sebanyak RM5 dan jika anda memilih bil automatik, ia boleh pergi ke serendah RM53/month selama 24 bulan. Check out DiGi untuk maklumat lanjut.
Friday, 1 July 2011
Justin Timberlake beli laman MySpace
![]() |
LAMAN rangkaian sosial MySpace |
LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.
“Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.
“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya.
MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.
Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion).
Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.
Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)