Wednesday, 24 August 2011

Persoalan dan Alasan Yang Mungkin Muncul Sebelum Berjaya

MAKLUMAT BUKAN SEKADAR MAKLUMAT



"Salam Satu Malaysia Semua!"

Hari ni saya nak kongsi soalan-soalan cepu emas yang adakalanya ditujukan oleh pengguina facebook/ pencari pendapatan sambilan atau mungkin anda sebelum menceburi atau setelah menceburi suatu program jana duit melalui internet. Saya juga sertakan contoh program yang baik dan sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu Kelab Jutawan.


1. Bro ada tak program yang tak payah cari orang tapi boleh dapat duit?

JAWAPAN : ADA, memang ada..joinla buat forex. (Modal paling sikit RM2,000 - Kalau nak kaya cepat).. Tapi risiko kena tangung sendiri. Dah ramai yang bankrup gara-gara main forex je.
Saudara saudari, saya tanya anda satu soalan, bisnes mana didunia ni yang tak perlukan orang? Buka restorant kena ada orang tak? Buka kedai baju? Meniaga burger? KFC? MAC D?
Semuanya memerlukan orang betul tak? Dan semuanya memerlukan cara bagaimana hendak menarik pelanggan. Tetapi saudara saudari tak perlu bersusah payah seperti mereka, tak perlu nak kehulu kehilir nak tarik pelanggan, tak perlu bercakap pun, sedangkan apa yang perlu anda lakukan hanya mempromosikan link website anda dimana-mana sahaja dan sistem kelab jutawan akan buat follow up untuk anda 24jam walaupun anda sedang tidur.

2. Bro , Balik kerja je penat, tak sempat nak buat promosilah....

JAWAPAN : Betul, betu, betul, betul (kata upin)... Semua orang penat dan sibuk setiap hari, betul tak? Tidur pun boleh dikategorikan sebagai busy (^_^) ... Saudara saudari pernah tak dengar nama-nama besar yang berjaya seperti Jackie Chan, Shahrukhan, Afdlin Shauki, Dr Sri dr Mahathir, ataupun Irfan khairi merungut tak ada masa, penat dan berbagai lagi. Tak pernahkan? Agaknya mengapa ye?
Hanya satu je jawapannya iaitu mereka TIDAK MAHU 10 atau 20 tahun akan datang kehidupan mereka tetap dalam rutin yang sama. Bangun pagi jam 5am kemudian bersiap untuk pergi kerja jam 7.30am, balik petang jam 5, sampai rumah paling awal jam 7pm. Selepas tu menonton tv hingga ke larut malam...... Tunggu hujung bulan bayar hutang, beli barang keperluan dan shopping dengan dahi berkerut (kerana takut bajet lari lah pulak)... Kemudian duduk dirumah sehingga hujung bulan seterusnya. Nak bawak family @ anak-anak keluar jalan hujung minggu pun keberatan sebab TAKUT DUIT HABIS. Betul tak?
So, apa yang kita nak sebenarnya? Berhenti kerja dan buat full time bisnes kelab jutawan? OH TIDAK! Saya tidak MAHU anda berhenti kerja semata-mata hendak menjalankan bisnes internet.  

INGAT 2 TIPS INI JIKA ANDA FIKIR ANDA TIDAK ADA MASA UNTUK MELAKUKAN KERJA PROMOSI :
1. Takut jika tuhan memberikan kita kemiskinan
Ingat tak masa kat sekolah dulu kita akan diberikan oleh cikgu untuk menyiapkan kerja rumah? Kalau nak ingat zaman kanak-kanak lagi takde masa, pagi kesekolah, petang sekolah agama kemudian disambung dengan bermain dengan kawan-kawan, malam pula pergi mengaji dan kemudian letih sangat tetapi kerja sekolah tetap disiapkan. Kenapa agaknya?
Sebab kita takut kena rotan cikgu, takut malu dengan kawan-kawan lain dan takut mak dan ayah juga marah kita. Dan hasil daripada ketakutan itu kita berjaya menyiapkan kerja sekolah dan secara tidak langsung melipat gandakan usaha dan pembelajaran diri, betul tak?
So, cuba saudara saudari renungkan diri sekarang ni. Saudara saudari takut tak kalau satu hari nanti terpaksa hidup miskin. Mungkin gaji anda sekarang RM5000 sebulan, tetapi apa akan jadi jika RM5000 hanya mampu untuk membayar hutang dan membeli barang keperluan harian? Mungkin sekarang saudara saudari anak hanya ada seorang dan keperluan bayi masih murah, tetapi apa akan jadi jika anak anda bertambah dan ada yang dah nak pergi ke sekolah. Yuran, pampers, belanja sekolah anak-anak, minyak kereta, barang dapur???
Takkan masa tu baru nak menyesal, betul tak? Sepatutnya sekarang inilah kita sudah merancang masa depan kita 10 tahun kehadapan bukan 2, 3 bulan sahaja. Sebab tu ahli perniagaan yang berjaya tidak pernah mengeluh tentang KEPENATAN dan TIDAK ADA MASA kerana mereka TAKUT DENGAN KEMISKINAN.

2. Atur jadual anda

Baiklah, masa memang takde ye? Mari kita lihat apa rahsia Puan Salmawati dari semenyih (kakitangan kerajaan)
8.00 - 5.30 petang - Bertugas seperti biasa.
5.30 - 7.00 petang - perjalanan balik ke rumah ( bahagian kajang memang jammed setiap petang)
7.00 - 9.00 malam - rutin harian menguruskan ahli keluarga (memasak dan sebagainya)
9.00 - 9.30 malam - berehat seketika
9.30 - 10.30 malam - mula mempromosikan link website beliau di facebook, blog dan forum.
10.30 - 11.00 malam - berehat lagi (chatiing facebook atau menonton youtube)
11.00 - 11.30 malam - melakukan promosi sekali lagi (iklan free dan forum)
11.30 malam - TIDUR
HARI = ISNIN HINGGA AHAD (PADA BULAN PERTAMA JOIN BISNES NI)
HARI = ISNIN, RABU DAN JUMAAT SAHAJA (PADA BULAN KEDUA JOIN BISNES NI)
HARI = ISNIN DAN JUMAAT SAHAJA (PADA BULAN KE EMPAT JOIN BISNES NI)
Nampak? kerja beliau semakin mudah kerana beliau sudah menikmati bonus level kedua daripada ahli dibawah beliau.
Jika Puan Salmawati boleh berbuat demikian untuk menikmati hidup yang selesa mengapa kita asyik nak merungut tidak ada masa dan penat? Ingatlah masa depan kita, kepayahan sekarang bukan bermakna untuk selama-lamanya. Tuhan akan tetap memberikan kita hasil yang setimpal dengan usaha kita. InsyaAllah.

Sekian. Jadi, jika ada sebarang komen sila kongsi bersama. Untuk maklumat lanjut kelab jutawan, klik sini.
Lihat juga bukti kejayaan peserta program kelab jutawan, klik sini.
>>>

Monday, 22 August 2011

Jangan tertipu kurma RM1

PERBEZAAN kurma tiruan (kiri) dan kurma asli yang kelihatan segar.

GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Friday, 19 August 2011

Dua produk kosmetik dikesan mengandungi racun

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Orang ramai dinasihatkan agar mengelak daripada menggunakan dua produk kosmetik dari luar negara yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut yang dinamakan Krim Derma-Rx dan Krim Arbutin-R mengandungi racun hydroquinone dan tretinoin.

“Racun tersebut boleh menyebabkan kulit pengguna mengelupas, mengalami kemerahan dan ketidakselesaan serta hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Eisah, pengguna juga berisiko untuk menghidap penyakit kanser kulit kerana racun hydroquinone boleh mengurangkan perlindungan kepada kulit daripada pancaran ultra ungu.

“Pihak kami turut mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu, DRx Aesthetic Sdn. Bhd. untuk menarik balik dan memberhentikan penjualan serta merta dalam tempoh 72 jam,” katanya.

Tambah beliau, produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 manakala individu yang terlibat boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara 5 tahun, manakala syarikat akan didenda sehingga RM100,000.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ditalian 03-78835532 atau 03-78835534 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Dari Utusan

Wednesday, 10 August 2011

Gerai bazar Ramadan dipukul ribut

KEADAAN gerai di bazar Ramadan Teluk Cempedak yang musnah dilanda ribut malam kelmarin.

KUANTAN - Sebanyak 11 buah gerai bazar Ramadan di Teluk Cempedak di sini kerugian kira-kira RM200,000 akibat dipukul ribut pukul 7.20 malam semalam.

Daripada 11 buah gerai itu, lima daripadanya mengalami kerosakan teruk apabila diterbangkan angin dan menghempap gerai lain.

Pengurus Tapak Gerai, Omar Noor Mohamad berkata, kejadian itu merupakan yang pertma berlaku di tapak niaga yang mempunyai 30 gerai jualan pelbagai itu.

"Buat sementara waktu, operasi di tapak ini akan ditutup selama seminggu untuk dibaik pulih.

"Saya menganggarkan kerugian yang dialami kesemua peniaga terbabit adalah sebanyak RM200,000," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Arian Fazry Md. Zahari, 23, berkata, dia sempat melarikan diri ke kawasan yang selamat selepas gerai tersebut dilanda angin kencang.

"Kejadian berlaku sekelip mata dan ketika itu saya berada di bawah khemah. Saya berlari keluar selepas mendengar bunyi angin kuat selain melihat debu berterbangan.

"Ketika itu saya hanya melihat khemah jualan terangkat sebelum diterbangkan angin dan menghempap khemah jualan di sebelah," ceritanya.

Bagi peniaga barangan aksesori, Ismail Abdul Rahman, 40, berkata, sewaktu kejadian, dia berada di kedai makan berdekatan untuk berbuka puasa.

Menurutnya, sebaik masuk waktu berbuka puasa, dia melihat lima buah khemah di tapak ekspo itu diterbangkan angin kencang.

"Syukurlah kami semua selamat dan tiada sesiapa yang tercedera," katanya lagi.

Malaysia IT Fair


Malaysia IT Fair kembali dan akan merentasi lapan lokasi di seluruh negara. Penduduk di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu, Terengganu, Ipoh serta Kuala Lumpur akan memperoleh peluang ini, bagi memiliki ape yang ditawarkan.

Dianjurkan oleh Unified Distribution Technologies Sdn Bhd, pameran itu akan mempamerkan lebih daripada 80 jenama global dengan lebih daripada 1,000 gerai sepanjang kira-kira 20,000 meter persegi, menjadikan ia antara yang paling banyak acara IT dengan tujuan menyediakan satu platform untuk mempamerkan teknologi terkini dan  persembahan barangan elektronik kepada orang ramai di seluruh negara.


For more info on the Malaysian IT Fair you can check them out at http://www.malaysiaitfair.com.my or join their Facebook at http://www.facebook.com/malaysiaitfair.

Thursday, 4 August 2011

Beli tiket bas lebih awal

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mahu pulang ke kampung menaiki bas ekspres untuk menyambut hari raya Aidilfitri disarankan membeli atau menempah tiket lebih awal bagi mengelakkan ketiadaan bas pada saat akhir.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tempahan tiket lebih awal akan memudahkan pengusaha bas untuk menyediakan bas tambahan mengikut jumlah tiket yang telah ditempah atau dibeli. 

"Pengusaha bas akan menyediakan bas tambahan sekiranya mendapat permintaan yang ramai daripada pengguna. Kelalaian pengguna yang lambat bertindak demikian mungkin akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan tiket pulang berhari raya di kampung.

"Ia bertujuan mengelakkan kerugian kerana pengusaha bas terpaksa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum menyewa bas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday, 3 August 2011

Kenapa Makin Banyak Program Cari Duit Melalui Internet: Ketahui Rahsia Duit Internet

Kenapa makin banyak program melalui internet sejak akhir-akhir ini? Hal ini mungkin disebabkan makin ramai orang menyedari tentang kelebihan berniaga di internet. Apakah kelebihan-kelebihan itu?


Antaranya ialah, modal dapat dikurangkan untuk menjalankan bisnez sebelum mendapat pulangan keuntungan, lebih meluas tidak terhad kepada kenalan sahaja, penjimatan masa yang boleh dikatakan berada pada tahap "maksimum" dimana peniaga tidak perlu bergerak dari satu tempat ke suatu tempat (bergantung pada bisnez) dan melalui internet promosi barangan menjadi lebih mudah, cepat dan percuma!


Yang menjadi masalah apabila ingin berurusan dengan perniagaan internet ialah "kepercayaan". Kurang kepercayaan kerana kita tidak bertemu dengan si penjual... Kurang kepercayaan juga muncul disebabkan khabar yang kadang-kadang bisnez begini banyak yang menipu.


TETAPI... banyak juga yang berjaya kan? Jadi, kalau orang lain berjaya, tak kan lah kita nak terus takut dibayangi ketidakpercayaan ini. Percaya atau tak, mereka yang berjaya melalui bisnez begini pada awalnya dulu juga sama seperti anda, yang tidak percaya, yang takut, yang banyak alasan untuk tidak terlibat. Tetapi selepas cuba memberanikan diri, kemudian mula membuahkan hasil... Barulah kenal akan "hujung pangkal" "baik buruk" perniagaan tersebut. Begitu lah pepatah pernah menyebut, tak kenal maka tak cinta~


Di bawah terdapat beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan, untuk memilih program yang mana patut di ceburi:
  1. Berani kerana benar. Perkara ini boleh diukur dengan memastikan samaada si peniaga menunjukkan gambarnya yang sebenar. Jika peniaga cuma tunjuk gambar duit, kita cuba elakkan.
  2. Ikhlas. Mencari yang ikhlas untuk menolong agak sukar, tetapi jika program tersebut membina satu blog dan forum untuk setiap ahli mendapat maklumat dan bantuan dari ahli lain dan ketua, saya kira sudah agak baik.
  3. Ada barang. Sesetengah program mendaftarkan ahli baru ke dalam sistem semata-mata tanpa memberi barangan seperti e-book atau aplikasi internet kepada ahli. Hal ini perlu diambil kira kerana jika kita gagal mendapatkan ahli baru dibawah sponsor kita, kerugian dapat dikurangkan kerana telah mendapat e-book atau aplikasi internet daripada peniaga.
  4. Tempoh komisen. Cari maklumat tentang pembayaran komisen oleh ketua program. Elakkan menceburi program yang menjanjikan pembayaran komisen yang terlalu lambat. Semakin cepat komisen dijanjikan, semakin berkualiti program itu. Sebagai contoh, terdapat program yang membayar komisen sebulan sekali dan seminggu sekali. Jadi, pilih yang menjanjikan pembayaran seminggu sekali itu. Kalau dapat dibayar secara harian, lagi bagus.
  5. Komen ahli. Anda boleh mendapatkan komen dari ahli yang sedia ada terlebih dahulu sebelum memberanikan diri terlibat secara lansung. Bagaimana? Gunakan ruangan forum yang mereka telah bina, atau secara lansung dengan ahli melalui facebook contohnya. Walaupun dijangka mereka akan cenderung untuk mengatakan yang mereka itu antara yang terbaik, mungkin terdapat antara mereka yang jujur.


Gunakan tips di atas jika anda buntu atau mengalami masalah menentukan program yang anda ingin ceburi. Jika perlu, ubahsuai tip-tip tersebut bagi meningkatkan keyakinan dan keberanian anda.


Dibawah saya sertakan satu program yang mempunyai kriteria- kriteria yang saya sebutkan di atas:
  1. Kelab Jutawan (klik untuk lihat... contoh sahaja)


 Lihat bukti kejayaan program perniagaan melalui internet klik sini

Tuesday, 2 August 2011

UMobile BlackBerry Pelan Sekarang dengan harga lebih berpatutan dan Panggilan Percuma


UMobile baru-baru ini telah menurunkan pakej BlackBerry Prepaid, menjadikannya lebih murah berbanding sebelum ini dan dapat terus kekal berhubungan melalui syarikat telekomunikasi BlackBerry Internet Service (BIS). Di atas Streaming Video Free Unlimited yang diperkenalkan kira-kira dua minggu lalu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan BIS bulanan dari UMobile pada harga yang lebih rendah RM25/month, dikurangkan daripada harga sebelumnya RM40/month.

UMobile menurunkan caj untuk perkhidmatan BIS mingguan daripada RM10 kepada RM9 seminggu dan hari ini, UMobile menurunkannya kepada RM8/week.