Wednesday, 3 August 2011

Kenapa Makin Banyak Program Cari Duit Melalui Internet: Ketahui Rahsia Duit Internet

Kenapa makin banyak program melalui internet sejak akhir-akhir ini? Hal ini mungkin disebabkan makin ramai orang menyedari tentang kelebihan berniaga di internet. Apakah kelebihan-kelebihan itu?


Antaranya ialah, modal dapat dikurangkan untuk menjalankan bisnez sebelum mendapat pulangan keuntungan, lebih meluas tidak terhad kepada kenalan sahaja, penjimatan masa yang boleh dikatakan berada pada tahap "maksimum" dimana peniaga tidak perlu bergerak dari satu tempat ke suatu tempat (bergantung pada bisnez) dan melalui internet promosi barangan menjadi lebih mudah, cepat dan percuma!


Yang menjadi masalah apabila ingin berurusan dengan perniagaan internet ialah "kepercayaan". Kurang kepercayaan kerana kita tidak bertemu dengan si penjual... Kurang kepercayaan juga muncul disebabkan khabar yang kadang-kadang bisnez begini banyak yang menipu.


TETAPI... banyak juga yang berjaya kan? Jadi, kalau orang lain berjaya, tak kan lah kita nak terus takut dibayangi ketidakpercayaan ini. Percaya atau tak, mereka yang berjaya melalui bisnez begini pada awalnya dulu juga sama seperti anda, yang tidak percaya, yang takut, yang banyak alasan untuk tidak terlibat. Tetapi selepas cuba memberanikan diri, kemudian mula membuahkan hasil... Barulah kenal akan "hujung pangkal" "baik buruk" perniagaan tersebut. Begitu lah pepatah pernah menyebut, tak kenal maka tak cinta~


Di bawah terdapat beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan, untuk memilih program yang mana patut di ceburi:
  1. Berani kerana benar. Perkara ini boleh diukur dengan memastikan samaada si peniaga menunjukkan gambarnya yang sebenar. Jika peniaga cuma tunjuk gambar duit, kita cuba elakkan.
  2. Ikhlas. Mencari yang ikhlas untuk menolong agak sukar, tetapi jika program tersebut membina satu blog dan forum untuk setiap ahli mendapat maklumat dan bantuan dari ahli lain dan ketua, saya kira sudah agak baik.
  3. Ada barang. Sesetengah program mendaftarkan ahli baru ke dalam sistem semata-mata tanpa memberi barangan seperti e-book atau aplikasi internet kepada ahli. Hal ini perlu diambil kira kerana jika kita gagal mendapatkan ahli baru dibawah sponsor kita, kerugian dapat dikurangkan kerana telah mendapat e-book atau aplikasi internet daripada peniaga.
  4. Tempoh komisen. Cari maklumat tentang pembayaran komisen oleh ketua program. Elakkan menceburi program yang menjanjikan pembayaran komisen yang terlalu lambat. Semakin cepat komisen dijanjikan, semakin berkualiti program itu. Sebagai contoh, terdapat program yang membayar komisen sebulan sekali dan seminggu sekali. Jadi, pilih yang menjanjikan pembayaran seminggu sekali itu. Kalau dapat dibayar secara harian, lagi bagus.
  5. Komen ahli. Anda boleh mendapatkan komen dari ahli yang sedia ada terlebih dahulu sebelum memberanikan diri terlibat secara lansung. Bagaimana? Gunakan ruangan forum yang mereka telah bina, atau secara lansung dengan ahli melalui facebook contohnya. Walaupun dijangka mereka akan cenderung untuk mengatakan yang mereka itu antara yang terbaik, mungkin terdapat antara mereka yang jujur.


Gunakan tips di atas jika anda buntu atau mengalami masalah menentukan program yang anda ingin ceburi. Jika perlu, ubahsuai tip-tip tersebut bagi meningkatkan keyakinan dan keberanian anda.


Dibawah saya sertakan satu program yang mempunyai kriteria- kriteria yang saya sebutkan di atas:
  1. Kelab Jutawan (klik untuk lihat... contoh sahaja)


 Lihat bukti kejayaan program perniagaan melalui internet klik sini

No comments:

Post a Comment