Thursday, 4 August 2011

Beli tiket bas lebih awal

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mahu pulang ke kampung menaiki bas ekspres untuk menyambut hari raya Aidilfitri disarankan membeli atau menempah tiket lebih awal bagi mengelakkan ketiadaan bas pada saat akhir.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tempahan tiket lebih awal akan memudahkan pengusaha bas untuk menyediakan bas tambahan mengikut jumlah tiket yang telah ditempah atau dibeli. 

"Pengusaha bas akan menyediakan bas tambahan sekiranya mendapat permintaan yang ramai daripada pengguna. Kelalaian pengguna yang lambat bertindak demikian mungkin akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan tiket pulang berhari raya di kampung.

"Ia bertujuan mengelakkan kerugian kerana pengusaha bas terpaksa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum menyewa bas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment